Minit mesyuarat bertimbun atas meja. Berjalan ke pantry pun lemah longlai walhal nak isi perut. Ai rasa sebab ai tak makan nasi kut hari ni. Hik hik. Pagi tadi breakfast secawan kecik kopi O dan dua biji telur rebus setengah masak. Tengah hari pulak cuma minum kopi dan biskut kering. Cuma petang tadi macam biasa pukul 5:30 petang makan nasi sesenduk dan berlaukkan taugeh. Macam kat penjara la pulak (teringat lagu D'Lloyd Hidup di Bui, haha!!). OKlah tu. Semalam bukan main muntakedarah, mana pergi nasi goreng, Kolok Mee dan nasi bubur Bang Taha dangdut lagi, ahahhha ampunkan daku kata Bang Taha dangdut. haha.
Sila abaikan eyeliner tebal warna hitam pekat tar jalan raya tuh. Saja nak kasi mata sepet ikan puyu ai tu menjadi bulat macam tayar lori. Tapi tak menjadik. Muka dah macam Jepun sesat.
Tapi kheennnnn, tetaplah ada makhluk Tuhan ni takmo kalah dengan tuan punya blog. Dahlah dipungut oleh adik ai, makan free pastu memilih ya ampuuuunnnn.... nasi tak pandang ye!
Nama di Boo Boo (Bubu, Gebu). Anak angkat mak ai yang terbaru, tak cukup lagi belasan ekor di luar rumah. Dia ni gedik sikit, eh? gedik banyak. Tengok, konon-konon nak buat camwhoring tapi berlagak, so kena paksa berfoto sambil dipegang oleh Nyung Nyung terchenta. mwahh!
Ok. Sapa suka camwhoring? Angkat ibu jari kaki kanan, SEKARANG!!!!
Hahahahahahah!!!!!
*gelak jahat*
----------------------------------
