SELAMAT HARI PEKERJA, HAPPY LABOUR DAY!
Wahh, seronok kan besok Cuti Peristiwa. Alangkah indahnya kalau setiap cuti umum tu jatuh pada hari Ahad hahahaha....
Heheh. Sorry Desk. Saya nak rehat rehat gila. Dah boring ngadap awak hari-hari, boleh tak?
Hari Jumaat kebetulan balik awal. Hmm... sampai di rumah terus tukar baju dan pakai kasut sukan. Destinasi seterusnya ialah Taman Lalulintas kat Kenyalang Park sebab tak jauh dari rumah. Drive dua tiga minit je dah sampai. Gabby dan cousin nya Easter pun ikut sekali kesian budak dua ekor tu asyik terperap dok rumah aje. Sampai je terus lari lari anak menuju ke playground. Bergoyang-goyang lemak perut Gabby, haha.
Saya dan hubby pun tak nak ketinggalan. Lepas penat buat dua tiga round briskwalking terus berebut duduk atas jongkang jongket.
Sejak keluar dari hospital dan sejak air dah dibuang dari badan, hubby dah susut lebih 10 kilogram katanya. Tapi memang ketara lah sebab seluar dia dah susut 4 inci. Jeles gila saya tau.
Saja tegakkan kaki nak buat efek hubby lebih berat gitu. Haha. Kena turun cepat cepat sebab skru jongkat jongket tu dah tertanggal. Ganas sungguh budak-budak kat sini eeeeiii!!
Haha. Gambar tak boleh blah. Kesian Easter tak turun-turun bila Gabby duduk. Last-last sebab boring, budak-budak ni pun main buaian.
Kiterang balik cepat-cepat sebab dah Maghrib pun. Sebenarnya hehe, sebenarnya saya kepingin sangat nak tengok majlis pernikahan Prince William dan Kate Middleton. Wow.. ramai awek-awek kat luar sana makan hati kan sebab Prince Charming derang akhirnya memilih Kate Middleton yang dulu dah break off sekejap dan lepas tu buat Botox, buat hidung, bibir dan buah dada kemudian berjaya mengikat si buah hati forever and ever.
As what they narrate in the fairy tales, .... They live happily ever after.
*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!