Gabby. Jari kena tunjuk semua, 10 tahun. Dua jari tu dua tahun lah nak oiii....
Hehe. Anak mama dah dara dah. Hari Sabtu lepas weols buat birthday celebration untuk dia. Tersangat simple kerana bajet bulan ni kena limit, ada banyak acara bulan ni. Hujung minggu ni kena balik Sri Aman, ada dinner kat Dewan Suarah. Kena simpan sikit untuk harijadi kereta weols pulak, +___+. $$$ kena ada untuk pakaian, hotel, petrol, mana lagi jajanan dan makan-makan maklumlah 3 orang ahli keluarga ini tergolong dalam golongan comel dan bertangki besar. Hahaha.
Sila abaikan kehilangan rambut Sailor Moon itu. Dah kena makan dengan budak-budak. Huhu.
Anak mama yang tersayang ni cuma nilah satu-satunya racun dan penawar kami sekeluarga. Badan memang besar tapi umur dia baru je 10 tahun. Tinggi dia dah cecah 5 kaki 1 inci dah, tak lama lagi tinggi dari omak dia. Harapan papa dan mama, semoga Gabby jadi anak yang baik, comel, manis selalu, rajin belajar, taat suruhan orang tua dan perintah agama. Cuma mama mintak kurang-kurangkanlah becok mu itu wahai anakku.
Sayang Gabby sampai bila-bila......... mwahhhhss!!!!!