sh.st/tVdGD sh.st/tCXMj BETUL BETUL HO LIAW KEPALA HOTAK KAU AKU TENSEN NI! - cakar macan blog

Memang betoi la kata orang. Masuk tempat kerja baru ni memang boleh depressi kekdahnya. Banyak perubahan pada budaya kerja. Maklumlah, dah berabuk, saploh tahun dok tempat lama, rasa macam Ratu. Ratu Belon. Huhu.

Dulu, telefon berdering-dering, sampai tak larat nak layan..... sekarang satu hari paling sikit, cuma sekali je telefon berbunyi. Best.
Dulu, sukatimakpaktoknenek je nak call sana sini, sampai Indonesia nuuuuuu.... sekarang, semua panggilan di luar Kuching dan handphone disekat. Tak best :(
Dulu, satu tahun cuma dua kali amik minit mesyuarat. Mesyuarat lain semua ada urusetia sendiri. Sekarang, Mesyuarat Pagi tiap tiap minggu, Mesyuarat Validation sebulan sekali, Mesyuarat Pengurusan pun sebulan sekali = 6 mesyuarat sebulan. Mati tak buat minit minit minit! Tak best :( - hujung minggu pun buat minit mesyuarat kat rumah.
Dulu, lepak lepak kat pantry adalah dilarang apa lagi nak masak megi, konon konon bau sampai keluar dari pintu pantry sampai ofis jadi berbau. Sekarang, pagi pagi boleh lepak kalau datang awal, dengan syarat pukul lapan terus buat kerja. Best.
Dulu, pukul 5:30 p.m. masih ramai lepak kat ofis buat kerja, sekarang pukul 5:05 p.m. pintu besar kat bawah dah tutup. Tak best.
Dulu, kalau perhimpunan pagi sebulan sekali merasalah kaki terpeleot berdiri selama sejam menahan lapar dan haus. Sekarang boss berucap tak sampai lima belas minit pun, lepas tu gotong-royong dan dapat makanan/minuman percuma. Best.
Dulu, kalau lapar memang siaplah, dahlah kereta takde, merasalah mintak belas kasihan colleague (bukan click ye? ai penah baca kat blog sapa tah letak 'click' hahaaha...). Sekarang, turun bawah je dapat beli keropok Mamee dan mee segera dalam cawan. Best.
Dulu, balik keja hari Jumaat, rehat dan masak kat rumah. Pukul 8 p.m. ke atas barulah terhegeh-hegeh nak mandi dan pergi umah Mak. Sekarang, hari Jumaat, adik ai jadi driver, amik ai kat ofis dan terus pegi umah Mak sebab Nyung Nyung habis kerja pukul 6 petang tiap Jumaat. Boleh lepak-lepak dulu ngan adik pekena teh tarik ais. Best.
Dulu, pukul 12 tengah malam masih boleh sengih-sengih main internet. Sekarang, pukul 9 p.m. dah terjelepuk terbongkang atas tilam. Walhal kerja tak sibuk mana pun, cuma penat perah otak buat minit mesyuarat. Makan pun tak selera dah sekarang. Tak best.
Dulu, fax surat dan despatch surat ada P.A.R yang tolong buatkan. Sekarang, buat sendiri OK? Tak best.
Dulu, tak boleh bukak movie, MP3 kuat kuat kang ada yang tegur. Sekarang, kat tempat baru ni tak boleh stress sebab semua harus menunjukkan budaya kerja yang seronok dan positif. (Kerja kat Hospital Sakit Jiwa memang tak boleh stress). Minggu pertama masuk kerja dah rasa macam kerja kat Astro dah. Kalau ada sepuluh komputer on serentak adoi... bayangkan semua main lagu favorit sendiri, rock kapak, Indonesia ballad, English pop etc. Ai asik asik ngan The Devil Wears Prada tak pun Obsessed. Haha. Best.
Dulu, Nyung Nyung amik pulang kerja tak kira lambat manapun. Romentik. Sekarang, bapak mertua yang amik pastu pot pet pot pet dalam kereta dengar cita boring dia. Jarak kiterang laki bini kerja sangat jauh, sorang kat Bintawa sorang kat Batu 7, satu jam lebih weih! Tak best.



Bunyi macam best je kerja kat hospital kecil, tak sesibuk kat HQ. Tetapi kenapa ai rasa tertekan dan tension sangat-sangat???

Kejutan budaya ni, sungguh. Kalau layan lama-lama ai yang masuk wad.

Huhu.

Pulangkan.. pulangkan... pulangkan kegembiraan ku.....


Nota kaki: Entri ini dibuat pada pukul 3 pagi. Terbangun tiba-tiba pastu tak boleh tidur lagi. Memang ai tengah stress giler.

 
Top