Gariey budak gila, habis prop hiasan kat ofis dia kerjakan. Gambar kanan, semua orang kat Unit Perubatan tengah membaca kata-kata terakhir yang ai lekat kat papan notis.
Ni jangan salah paham. Kumbang seekor inilah boss no. 3 kita orang. Best kan? Sporting kan?
Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermanja - uhuk uhuk. Daripada usia ai 22 tahun sampai masuk 32 tahun, dewasa di sini. Dulu ai cuma seorang kakitangan baru, ibu muda, tongok, tak tahu apa-apa pasal kerja sampai sekarang boss tinggal petik jari jerrrk terus dapat! Mana boleh lupa keletah-keletah korang wahai adik-adikku. Penghibur di kala sunyi, tak kering dan sepi dari gosip haha.
Gedik dua orang ni, sahabat baik dari dulu lagi. Terima kasih sebab korang dah belanja makan untuk farewell ai aritu pergi Secret Recipe. Anyway, tahniah untuk yang belah kiri, tahun depan makan nasi minyak!
Ni pulak geng-geng rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel (bulan Julai tahun depan kiterang akan bercuti berkumpulan ke KL. Ganas taw.). Teman suka dan duka. Yang berdiri dua dari kanan tu Dr. Deb. Kawan merangkap Boss kecik. Tomei tak ai? *muntah.
Boss, ai rindu sangat kat boss. Sini tadak orang macam boss suka jerkah waktu ai pakai lipstik waktu pagi =]. Amacam masih buat inspection ka?
Dan yang paling ai rindui.....
...........
.......
...
MY DESKTOP!!!!!!!!!!! Tempat makan nasi campur, McD, Pizza Hut, buat kerja, tengok movie, dan macam-macam lagilah.
SYAHDU...
Kat bawah ni, apa yang lahir memang tersirat dari hati kecil ini, tersurat buat kalian semua. Terima kasih di atas penghormatan dan persahabatan yang kita kongsi bersama.
Terima kasih atas segalanya... Selamat tinggal.