sh.st/tVdGD sh.st/tCXMj BERSAMA MIZZ COKI : ERTI KRISMAS BUAT KAMI - cakar macan blog

Ngeekk!

Esok Krismas yay yay! Esok Krismas yay yay! Esok Krismas yay yay! Esok Krismas yay yay!

Wuih seronok sangat ke Krismas?  Kenapa?

Sebab... dapat bertukar tukar hadiah dengan kawan kawan dan keluarga tercinta?

Sebab.. masa inilah dapat pergi parti, makan sedap sedap dan bercuti panjang sampai Tahun Baru?

Bagi ai lah kan, Krismas inilah waktu merapatkan silaturrahim dan semua ahli keluarga dapat berkumpul, balik kampung sebab cuti hujung tahun yang panjang.  Hadiah?  Kalau mampu bolehlah berbelanja sakan tapi bagi family kiterang, asalkan dapat berkumpul bersama lepas tu family kiterang hujung tahun suka buat BBQ, makan makan, kunjung mengunjungi.  Best tau.  Pergi gereja satu kemestian, selalunya kiterang pergi pada malam 24 haribulan, lepas tu ada supper.  Adoi makan lagi.  Kalau kepenatan, boleh bangun pagi pagi besoknya ke gereja.  Terpulang nak sembahyang malam sebelum atau pada pagi Krismas itu sendiri.  Itu yang penting.

Tahun ini, kali kedua Ayah tak bersama kami.  Tapi petang nanti Mak dah sound nak pergi ziarah kubur.  Haa, ziarah kubur selalu nya kiterang bawak jambangan bunga dan kami akan menyalakan lilin.  Rindu ayah sangat sangat.  Rindu dengan gelak ketawa nya dan Kari Kambing nya yang tiada tandingan itu.  Miss u so much.

Oh ya, anak dara godang bernama Gabby sudah pun menulis surat buat Santa.  Siap letak atas meja ai lagi, mintak ditambahkan koleksi Barbie nya.  Adoi.  Badan je godang, perangai macam budak darjah satu.

Gambar Hiasan:  Ini dinner mat salleh.  Dinner Krismas kiterang mesti seafood, takpun BBQ Ciken wings. Huhu

Tahun ini, cuma Mak aje yang buat open house.  Mesti best kalau Mak dan adik masak.  Kiterang pulak, hmm.. mungkin buat aktiviti kekeluargaan sebab tadi dah mesyuarat tingkap.  Takde open house cuma pagi sampai petang mungkin pergi shopping mall, tengok wayang ramai ramai ke... lepas tu petang baru pergi rumah mak dan adik ipar.  Sungguhpun dok serumah, kami jarang jarang dapat lepak sama, sebab balik kerja hari dah malam.  Lepas dinner semua masuk bilik masing masing.  Tapi kan, petang semalam sempat lagi beli sedikit titbits, pastu beli sejenis dua kek lapis -- persiapan takut nanti ada sanak saudara menyerbu ke rumah, tak manislah bagi tau derang  yang kiterang tak celebrate hehe.

Anyway, mengenai pencapaian calon PMR 2010, Wow! 30,863 orang dapat straight As!  Kelass adik adik sekarang.  FYI, batch ahkak dululah yang menghilangkan dara PMR ni.  haha. Yes, kiterang lah batch pertama sitting for PMR dalam tahun 1993.


OK.  Nanti ai buat liputan lagi pasal Krismas.

Eh, ngomong ngomong tak lama lagi Tahun Baru, apa azam korang??

Azam ai dari tahun dua ribu lapan sampai sekarang tak tercapai lagi.

AI NAK KURUS.

Huhu. +_+



--------------------------
http://www.emocutez.com  
after you read, pleaseee!!!
 
Top