Masuk hari ini dah hari ketiga Mizz Coki menggunakan BIO-OIL untuk kulit kaki yang mula kering sebab air akibat infeksi dua minggu yang lalu sudah mula mengering. Cuma bahagian betis belakang saja yang masih lagi berair. Sakit tau bila kulit dah kering sebab kulit jadi terik dan bersisik. Ouch.
Ok. Ini rupa botol untuk 60ml. Harga taklah mahal dalam RM30++ gitu.
Antara testimoni pengguna:
“Begitu hebat sekali!”“…Saya berusia 42 tahun dan mempunyai parut jerawat sejak zaman remaja saya. Saya telah menggunakan produk Bio-Oil anda dan begitu gembira untuk memberitahu bahawa saya begitu yakin untuk keluar tanpa mengenakan bedak asas yang tebal sejak pertama kali sepanjang ingatan saya. Begitu hebat sekali!”
"Sekarang saya menggunakannya pada setiap masa untuk menjadikan kulit saya lebih licin dan lembut” Hampir sepanjang hidup saya, saya merana dengan kulit kering, berkelopak, dimana ia menjadi lebih teruk pada musim sejuk. Saya telah mencuba pelbagai krim tetapi tidak berjaya. Kemudian kakak saya belikan satu botol Bio-Oil dan ia sangat menakjubkan…. Kulit saya bertambah baik dengan cepat! Sekarang saya menggunakannya setiap masa untuk menjadikan kulit saya lebih licin dan lembut"
"Semua kawan-kawan dan ahli keluarga memberitahu bahawa saya kelihatan beberapa tahun lebih muda"…Seorang rakan mengesorkan agar saya mencuba Bio-Oil apabila dahi dan pipi saya mula ditumbuhi bintik hitam. Kulit saya kini nampak lebih sekata dan muka saya bertambah lembut. Hakikatnya, semua kawan-kawan dan ahli keluarga memberitahu bahawa saya kelihatan beberapa tahun lebih muda"
Nah, minyak ni macam ada seribu guna. Boleh guna untuk parut baru dan lama, kulit kering, tona kulit wajah tidak sekata, kesan regangan kulit semasa hamil dan macam macam lagilah. Mizz Coki sendiri kan baru sapu dalam masa tiga jam, kulit mati mula mengelupas. Apa lagi, macam mengopek stiker aje dan tak terasa sakit. Lagipun kulit kita jadi lembab dan minyak dia menyerap ke dalam kulit kita.
Cari je kat farmasi terdekat, haritu Mizz Coki beli kat Guardian.
Cuba sendiri baru tau!
*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!