sh.st/tVdGD sh.st/tCXMj FILEM TERBARU DARI KRU: KARAK - cakar macan blog
Latest News

Eeeiichak!

Terbaru, idea kreatif the Abdul Halim Brothers, sapa lagi kalau bukan KRU, iaitu filem seram bulu roma, bulu kuduk berjudul KARAK.  Saduran dari kisah benar yang berlaku di lebuhraya Karak yang terkenal dengan kisah-kisah seram yang dialami oleh orang awam.  OK, penampilan sulung Shahir AF not bad for a start.  Tapi serius, sumpah, KRU punya filem seram kali ini memang terBAEKKK!!  Setanding dengan filem horror dari Thailand, baru tengok trailer kan belum lagi montot ko duduk atas kerusi silap haribulan ko dok mencangkung ketakutan dan terketar-ketar sambil tutup muka, ahaks!


* * * * * ** * * * * * * * * * *

Ini kisah benar yang terjadi pada tahun 2008.  Masa tu kiterang balik ke kampung sebab emergency.  Nenek ai meninggal.  Perjalanan dari Kuching ke Saratok biasanya kiterang ambil masa dalam 5 jam gitu.  Itupun kalau tak singgah minum, shee shee dan sebagainya.  Tapi malam yang kami balik itu betul-betul mencabar mentaliti dan keimanan kami.  Bayangkan ayah ai demam panas, bila kena aircond kereta dia menggigil, hari pulak hujan lebat sampai tak nampak jalan.  Dalam pukul 3 pagi macam tu, semua dah tido dalam kereta.  Mak, Ayah dan adik kat belakang dah berdengkur, ai lagilah dah lama dah meleleh ailio basi.  Nyung Nyung mata dia masih segar dan sambil driving dia dengar lagu dari CD.  Tiba-tiba dia rasa ada benda mengikut tapi tak nampak dan tak tahu dari mana.  Bila dia pandang atas, nampak ada makhluk yang terbang sama laju dengan kereta kami.  Nasib baik dia tak panik, pastu dia bacalah apa-apa yang patut.  Lembaga hitam tu pun lama kelamaan tau tau lesap ke lain pulak.  Ai tanya dia apasal tak kejutkan kiterang?  Dia kata takut nanti ai menjerit histeria pasal benda tu memang nampak jelas cuma tak nampak rupa saja.  Eeeeiii.....

Cerita kedua pulak, masa Nyung Nyung dan kawan dia pergi travelling ke Sri Aman.  Mereka tak bermalam, jadi petang tu pecut balik ke Kuching.  Sampai kat satu jalan ni, masa tu dah Maghrib dah, nyaris-nyaris kemalangan sebab nampak kelibat ibu dan anak melintas jalan kemudian ghaib.  Kawan Nyung Nyung yang drive masa tu nyaris nak tekan emergency brake, dah la tengah laju.  Nasib baik kereta tak terbalik  Bila ai tanya balik kat mana tempat tu dia kata kat jalan &^*%$#@.
"Huih??!!  Biar betul???" Ai kata.
"Kenape?" Dia tanya.
Baru beberapa bulan lepas ai baca dalam akhbar (ai masih ingat lagi OK) seorang ibu dan anak kena langgar dengan treler dan mati on the spot.  Agaknya korang nampak roh anak beranak ini tak?  Nyung Nyung terdiam aje.  Diam maknanya betullah tu.

OK.  Eiii makin seram dibuatnya duduk sorang-sorang dalam bilik ini.  Before that, mari kita lihat trailer filem KARAK.  Enjoy semua, bai bai!




*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!
 
Top