sh.st/tVdGD sh.st/tCXMj Jalan Jalan Hari Sabtu Tangkap Gambar, Tangkap Gambar - cakar macan blog
Latest News

Sabtu. Orang tak keje hari ni tapi Nyung Nyung pulak turun kerja jadi rasa bosan sebab takde mangsa untuk dibuli. *Hi Sayang!!

Pagi-pagi perut berkeriuk cari bahan makanan.  Errrrmm nak bantai apa lak pagi ni ek?  Oh, ada Mee Goreng yang dalam TV siap sebut Ho Liao tu!!!  Gabby tanak sebab ada rasa belacan dan berbawang.  Budak gendut ni pemilih bab makanan.  Dia nak nasi sejuk, telur goreng mata kerbau dan kicap aje untuk sarapan.

Suka gila ngan cili.  Oh ada telo mata kebo lak jadi pendamping mi goreng segera ni.  Betul Betul Ho Liao!!

Abaikan rambut yang serabai.  Dia ni demam sebenarnya tapi SELERA tetap ON.

Kesian dak gendut yang kena selsema itu.  Dia letih minggu ni lepas tu kurang minum air putih tu pasal suhu badan dia naik.  Gabby ni kalau dah melekat kat laptop sampai makan pun tak hengat lagi.  Oh ya, dia cuma dibenarkan melekat bersama laptop di hujung minggu saja sebab itulah kalau dah ON kat laptop, ribut taufan puting beliung gempa bumi pun dia tak sedar diri dah.

Ni pulak ai masak untuk lunch.  Senang je masak kacang panjang dan daging cincang.  Oh ya, tak boleh hidup kalau takde cili macam kena sumpahan pulak rasanya.

Rasa girang gembira kanak kanak Ribena rasanya bila suami terchenta pulang dari kerja.  Isterinya yang comel itu, ehem, baru je lepas cuci rambut hahaahah... mandi pun dah masuk waktu tengah hari, gilo hapo.  Maka dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan si isteri pun menyenduk nasi buat si suami sebab tau hari Sabtu mesti kaki gatal nak meronda merendek town.  Ikhlas keww? Haha.

Maka expedisi kami pun bermula mencari peralatan bilik mandi dan kraf.  Sampai-sampai kat satu kedai ni, mata ni pun ternampak sesuatu, errrmm klinik paling kecik.  

Ala.. tutup pulak.  Padanlah doktor punya kelibat pun tak nampak.  Sila ambil perhatian, klinik ini tidak mengeluarkan sijil sakit yang sah di sisi undang-undang.

Perjalanan yang indah itu ditemani oleh KRU, hahaha.. bukanlah...

Kenalkan, escort kereta kami,  Do Re Mi, tiga ekor monyet pink.  Auuuwww..

Banyak tempat kami pergi hari ini tapi jalan sesak sebab orang ramai keluar shopping sempena Tahun Baru Cina tak lama lagi.  Masa kat traffic light tiba-tiba semua mata memandang Mizz Coki.  Eh??? Bukan, bukan.. mereka tengok .......

Ni haaa... kereta antik.  Tuan dia pun 'KekTik' = Kekwat + Antik.  Perasanlah lu.

Hari ni cuaca OK, hujan tak, panas sangat pun tak juga.  Balik tak masak beb, rasa malas la pulak so kita beli nasi ayam bawak balik makan beramai ramai, bahagianya.

Lepas makan tengok Buletin Utama kejap.  Semua tengah HOT pasal pilihanraya sana sini.  Sambil-sambil tu ada 'tetamu' berbulu cokelat masuk dan terus duduk di kaki Mizz Coki.

Lerrrr.. si Bum Bum rupanya!

Bum Bum ni bukan hanjeng kami tapi jiran kami yang punya.  Rumah kami dah jadi macam rumah rasmi dia la pulak.  Hanjeng ni binatang yang sangat setia (Sila rujuk filem Hachiko ataupun Marley & Me, sedih woo)Bum Bum ni kalau di rumah sendiri diabaikan, untunglah kami sebab dia ni kuat menyalak dan menjaga rumah kami dengan baik.  Sebagai balasan, dia dapatlah habuan berupa nasi, sori ye, EPF dan SOCSO takde sebab Bum Bum takde I.C. :p

Hari Ahad nak buat apa lagi ye?  Takkan nak keluar lagi, buang $$$ jer kan?  Tapi tadi Hubby dah sound nak pergi beli barang lagi besok. Amboi byknya barang, hehe.  Bila kita tanya barang untuk apa dia senyap.  OK.  Mizz Coki saspek yang dia nak beli stationery untuk meja dia kat ofis.  Lega.

OK, now Mizz Coki nak enjoy tengok orang main bunga api..  Kat sini memang ramai orang Cina, seronoklah tengok langit sungguh cantik waktu tengah malam.

Nite nite.




*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!


 
Top