Petang ni Nyung Nyung dan orang tua nya balik kampung sebab pakcik dia meninggal. Bukan fakta menakutkan, tetapi itulah hakikatnya bila ayah mertua ai hampir setiap bulan balik kampung sejak tahun lalu. Seorang demi seorang saudara beliau meninggal dunia di rumah panjang. Yang ai dapat congak, ini paling terdekat - abang ipar, adik, sepupu dan semalam abang beliau. Belum lagi termasuk sedara jauh, bau bau bacang lagi. Pokoknya tiap tiap bulan ada aje berita mengejut yang kami terima.
Teringat masa mendiang ayah Mizz Coki meninggal dulu. Beliau meninggal 100 hari selepas pakcik ai meninggal. Genap 100 hari selepas ayah pergi, sepupu dia pulak terjatuh atas pentas masa tengah buat persembahan kemudian meninggal dunia.
So, petang ni derang balik. Mizz Coki dan Gabby tak ikut memandangkan kaki ini belum sembuh sepenuhnya dan tugas Mizz Coki pulak adalah untuk memberi kucing-kucing makan dan menyiram bunga.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
OK. Berbalik kepada tajuk entri yang dah lari kat atas tu. Di sini Mizz Coki nak share masalah kepala ni. Eh takkk.. bukan kepala berserabut tapi berkelemumur. Fuish. Panjangnya ke-le-mu-mur sebut 'ketombe' kan senang? Haha.
Dah macam macam syampu ai cuba dari Head & Shoulder, Dove, Pantene, Rejoice, Clear, semua tak jalan. Sekarang, ai pakai Himalaya dan Selsun (syampu berubat khas) tapi kepala tetap macam tu jugak. Kulit kepala jadi kering dan mengelupas. Sekarang dah macam ada tompokan merah macam KURAP. Ya aw aw!
Inilah rupa syampu yang ai pakai sekarang.
Tapi, ai rasalah kan sebab memang sekarang kulit ai sangat kering sampaikan kulit telinga ikut mengelupas sekali. Korang ada tak petua tradisional untuk masalah Mizz Coki?
Tak selesalah bila garu kepala 'salji' berguguran atas bahu. Kita pun nak gak 'cun' macam akak kat bawah ni.....
**********
******
***
**
*
Abaikan gambar ini. Rupa ai dah macam kembar si Jaafar Onn la pulak.
*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!