Vannakkam??
Hahahhaa.. demam filem Tamil lately habi kata I sewel, sewel pun sewellahhh.. Tamil ka Telugu ka semua I hayun sekarang. Oh ya, hari ini satu Malaysia cuti sempena Maulidur Rasul jadi korang buat apa kat rumah tu? Alang-alang sungguh bekerja semalam, terasa kemalasan yaamat. Sunggguh.
Seperti dijanjikan, habi datang jemput I balik. Dari jauh giginya sudah putih berseri-seri macam kerang busuk dalam kereta. Tah kenapalah laki I berkelakuan pelik sedemikian. Demi pintu kereta dibuka, tiba-tiba nampak satu kotak yang penuh dengan kegembiraan sedang menanti.
Tadaaaaaa!!! Eh, waaaaah ada Cik Teddy pakai baju gaun kembang warna cokelat, ada bunga tiga kuntum dan tiga ketul cokelat bentuk hati. "Happy Valentine's Day sayang!!" Wow rasa nak nangis dan menjerit pada waktu yang sama.
Memandangkan waktu dah nak masuk time dinner, maka kami pun mencari-carilah tempat untuk makan malam. Eh, takdelah candle light bagai, pelita light dinner pun tidak dik non. OK, entri kali ini sekaligus buat review untuk tempat makan yang merupakan one of our favorite spots di Kuching ni. Perkenalkan THE TAROT CAFE.
Cafe ni terletak di Jalan Keretapi @ Jalan Tun Ahmad Zaidi. (Cuma bersebelahan dengan The Bing). Jangan bimbang, cafe ni semestinya HALAL, ramai juga patron Muslims yang datang sini bawa family. Very nice ambiance tempat ni gerenti penuh sesak menjelang pukul 8 malam so nasib baiklah kita orang dinner awal. Dinner sebelum 7 pm adalah bagus diamalkan untuk mengelak dan bagi kes kami, menambah kegemukan, hahahaha..
Wuih.. air ni memang mabeles habis. Lemon Coke (Coke yang dicampur hirisan lemon, oh segarnya!) dan Teh Oren (Campuran air teh, jus oren dan hirisan lemon). Segar, brrrrrrrr!!!!!!!!
Starter yang dah cukup mengenyangkan sebenarnya. Tapi sifat haloba menguasai diri. Perlu diingatkan bahawa kami cuma makan breakfast saja dan skipped lunch semata-mata kerana nak pergi makan sempena V-Day, hehe. OK. Ayam Goreng Tarot. Krunchy giler! Oh yes, don't forget the French Fries. Kat sini, derang serve cili sos yang dicampur dengan sedikit mayonis. Sedap!
Ini lah favorit I. Lama tak makan Nasi Lemak Tarot with Chicken Curry. Habi punya pulak Nasi Lemak dan Ayam Masak Merah. Dia punya portion memang besar, dua orang boleh kongsi lagi taw. Rasa kari dia memang mantap! Selain dari itu, habi mintak tambah lagi satu Milo panas so bila nak bayar tekejut tengok bil dia cuma RM35.30. Murah kan?
Oh ya. Di sini juga ada disediakan perkhidmatan membaca daun Tarot tu. I tak nak try, macam orang Islam kata apa tu? Syirik?? Haaaa syirik percaya ngan benda khurafat macam tu. Dah nama pun Tarot Cafe tapi kita datang situ cuma untuk makan dan enjoy lepak aje, tak lebih dari tu pun.
So, untuk yang ingin melancong ke Kuching, besok-besok korang datang sini, jangan lupa singgah ye?
*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!