Jarang-jarang I kompang kan kat blog tentang pekerjaan I yang sungguh mulia (ahaaakkkkk... mulia kewww nyah?) OK. Uols yang kenal dan ikut blog I dari dulu tau yang I keje jadi sorang Personal Assistant. Kerja ni biasa-biasa je. Haha. Pandai je ko Mizz Coki walhal kalau disuruh amik minit mesti ko membebel macam bertih jagung kankankankan?
White board ni lah tempat terapi untuk mengelakkan kita dari jadi stress @ gila so sila gunakan fungsinya dengan sepenuh fungsi (apa I cakap ni?)
Wow! I ada ANA RAFFALI, uols ade kewww????
Dah rasa macam rumah sendiri, haruslah tanggalkan kasut dan berkaki ayam. Jangan risau, karpet di sini divakum setiap hari. Ngeeee!
Ini gambaran tak sabar nak balik hari Jumaat sebab T.G.I.F!! Keje mesti settle doh.
3 hari kemudian puting susu beliung pun melanda. Siap ada Kopi O kaw sebagai penawar gila. Takde kopi keje tak jalan OK?
Ok. Sekarang balik kepada mood kerja, lalalala hari hari kerja!
*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!