sh.st/tVdGD sh.st/tCXMj Topik Pasal Makcik Makcik Ofis dan Makcik Makcik Cleaner yang Mulut Ngetop Banget! - cakar macan blog
Latest News

Salam 1 Malaysia!!

Ini topik 2 dalam 1 punya topik jadi mari kita semua mulakan dengan topik yang pertama:

1. MAKCIK-MAKCIK CLEANER DI PEJABAT.

Tahun ni masuk tahun ke 11 Mizz Coki kerja gomen. Kalau campur waktu habis SPM, lepas tu habis UiTM pun Mizz Coki kerja jugak hmmmm... dah ada pengalaman kerja since 1996, whoaahh lama tu. Dalam tahun-tahun tersebut memang hairan bin ajaib kenapa ya makcik - makcik cleaner suka bergosip dan kutuk orang kaw-kaw, memang resourceful sungguh mereka ni, peka pada alam sekeliling. TAPI BUKAN SEMUA MEREKA MACAM NI, ADA YANG BAIK OK??? Cuma I perasan mereka ni super prihatin sangat.

Mendiang ayah dulu pun pernah komplen pasal sorang makcik cleaner kat tempat dia kerja ni suka je mulut dia ngutuk kerani-kerani kat ofis. Walhal orang tu tak kacau dia pun. Ayah just ignore, malas nak dengar pot pet awal awal pagi, baik pergi kantin order kopi O dan makan Pau hahahaa...
Kat tempat kerja baru ni ada sekumpulan cleaner yang suka duduk lepak di lorong bilik rawatan. Kalau I habis meeting waktu lunch, bila tengah berjalan-jalan sama dengan doktor merangkap kawan I kat situ, siaplah mereka berbisik sesama sendiri sambil menjeling-jeling kami sampai dua tiga kali buat macam tu. Kami ignore kan aje.
Teringat kisah I mengkantoikan sedara belah makcik I tahun lepas. Masih segar di ingatan ini bila I melangkah masuk terdengar nama I disebut-sebut dan part yang sakit hati bila I dengar baris ayat ini, "Dah tau kerja kat hospital, huh kalau aku macam dia tu memang aku dah mintak ubat DIET bla bla bla".. Then tiba-tiba I terpacul kat dapur, amboi sedap mulut ko ngata aku ek makcik? Boleh derang tak sedar yang I dah terjojol berdiri kat situ?? Bila derang sedar terus shut up 10 saat! Lepas tu pura-pura said Hi and gave me a f*cking fake smile..... cipet betul.

Boss: "Ingat! Buat kerja tu tangan je bergerak, bukan mulut yang merebak, ada paham??"
Cleaners: Paham boss!!

Anyway, back to the topic. Dah lumrah perempuan sejak azali tak ngumpat tak sah. Nak nak kalau cerita tu tak betul, macam macam perisa ditambah untuk menyedapkan cerita. I pun pompuan jugak, pun tak pernah lepas dari mengumpat tapi bukan jenis yang suka menokok tambah cerita, lepas tu jalan dari cubicle ke cubicle to spread the faux news about others right?

Enough with that and we're gonna continue with the second topic which is all about:


1. MAKCIK-MAKCIK SENIOR DI PEJABAT.

I pernah kerja di private company for at least hmmm.. 2 tahun dan kerja di 2 pejabat kerajaan setakat ini. Yang hairannya kat private company semua sibuk nak buat kerja sebab namanya pun company kan, takde masa nak mengumpat ngumpat atau dengki mendengki sesama sendiri malah sangat friendly dan suka menolong sesama sendiri. Bila masuk kat pejabat kerajaan, tu dia!

Bukan nak mengutuk tapi hakikat. Ramai kawan-kawan I yang ada kelebihan dari segi paras rupa ditambah lagi dengan sifat hiperaktif tapi disalahertikan sebagai 'gedik' oleh mereka. I yang hodoh ni pun kena tempias jugak. Ayat-ayat power derang tak sah kalau bukan "Budak2 zaman skrg ni memang tak boleh bagi muka sangat, bukannya hormat senior senior kat ofis ni, berlagakk je lebih". Amboi. I tau kenapa derang benci sangat kat budak-budak yang baru masuk kerja sebab:

1. Mereka sangat proaktif dan selalu jadi urusetia atau AJK majlis-majlis. Yang cun cun tu jadi penyambut tetamu untuk VIP. Makcik?? Hello... zaman uols dah berakhir OK? Give way to the fresher faces la wtf. Swallow the fact.

2. "Dulu, kita 10 tahun kerja baru mampu beli kereta, budak2 skrg, kerja 3-4 bulan dah beli Kancil" -- Gaji dulu kecik kak oi, gaji skrg dah besar starting nya. Skrg byk kedai kereta yang offer FULL LOAN, tak payah byr downpayment pun. Dah rezeki derang nak buat macam mana???

3. Mesti tak sah komplen sana sini yang juniors semua bila habis je buat kerja, main Facebook walhal diri sendiri pun teringin nak main jugak kan?? At least main Facebook bontot tu melekat kat kerusi sendiri makcik oi. Makcik makcik semua pun buat Facebook jugak kan? 'Facebook' life katanya, menghadap muka masing-masing, kutuk orang and then 'LIKE' kat cerita kawan sambil berbisik-bisik.

Paling yang I bencik tahap Dewa sangat bila ada Pegawai baru masuk. Namapun pegawai baru, umur di bawah 25 tahun muka masih suci baru 2-3 bulan grad universiti mana lah ada pengalaman kerja, baru nak menimba pengalaman. Golongan inilah sasaran utama pendengki2 makcik makcik tua kat ofis. Pakcik pakcik kat ofis tak pulak sibuk. "Inilah budak zaman sekarang, nama je Pegawai tapi hampeh, satu kerja pun tak tau buat... semua salah!!" Lerrr.. tu pun nak jadi isu ke?? Rasanya bila Pegawai muda ni tadi kerja setahun dengan penuh dedikasi pengetahuan mereka jadi lebih hebat daripada makcik-makcik ni yang dah kerja 30 tahun. Tu pun nak berlagak lagi. Pokoknya serba serbi memang salah.

Tolonglah ye, kita bekerja bukannya untuk 2-3 tahun. Jangan tanamkan sifat suka dengki mendengki antara satu sama lain. Ini pepatah yang cousin I selalu gunakan dan sangat berguna sebab I pun mengamalkan sikap yang sama, "IF YOU CANNOT BEAT THEM, JOIN THEM". Maksudnya -> Kalau tak boleh lawan mereka, join mereka. Tafsiran lebih halus, Jangan Dengki Sesama Sendiri, Buat Mereka Jadi Kawan Kemudian barulah kita tahu sifat mereka macam mana. Hehe. Ada paham takkk?


Ok. I nak mandi dulu, lepas ni nak pergi rumah my uncle ada mesyuarat tergempar keluarga. Hehe.




*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!
 
Top