Ejaan kelemumur jadik 'kelemomo' supaya kurang kejam dan tampil cute di khalayak ramai. +_+ Dah lama dah ada kelemomo ni sejak beranak dulu agaknya sebab hormon kut.
Kita sekarang guna syampu HIMALAYA dan SELSUN selang-seli. Lepas tu rambut kena cuci selang sehari macam Isnin, Rabu, Jumaat, Ahad. Bila rambut dah kering, kulit kepala mengelupas tu yang jadi berkeping-keping, flaky macam serdak roti kering!
Paling malu bila kita sikat, kelemomo gugur kat kot hitam kita. Ewww! |
Sebut je apa jenis syampu yang kat TV, luar TV, Rejoice, Dove, Sunsilk, Clear, Head & Shoulder... semua tak jalan. Hik hik...
Gambar hiasan |
Kulit kepala kita pun selalu kering macam ni. Seronok semacam bila cuba mengopeknya dari kepala. Selalunya kita akan berus rambut dengan sekerap mungkin supaya keping-kepingan itu jatuh dari kepala dan tak terasa gatal sangat.
Kadang-kadang tu rasa segan pulak dengan member kat ofis. Yelah, orang kulit kepala sihat, kita pulak macam alien, hahaha.... Kat tepi-tepi dekat telinga pun dah ada tanda kemerah-merahan macam jerawat. Tengoklah bulan ni kalau masih macam tu jugak kena bawa pergi jumpa Pakar Kulit lah jawabnya.
Korang ada tak problem yang sama? Ada petua tak?
Kongsi-kongsilah ngan kita....
*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!