Ye. Ngaku pun.
Setiap Selasa mesyuarat. Mesyuarat Pagi setiap hari Selasa.
Setiap Selasa pertama tiap bulan, Mesyuarat Pengurusan.
Sebulan sekali mesti ada Mesyuarat Validasi.
Bulan Mac ini sahaja, Mizz Coki kena amik minit untuk 6, diulangi ENAM mesyuarat!!!!!
Panggilan telefon pun jarang masuk. Bukannya boleh call ke handphone pun sebab kena sekat. At least boleh borak ngan mak, adik, member ..... Pening kepala dok layan 'kitab' (buku exercise yang I guna untuk amik minit). Last-last layan YouTube, tengok movie Tamil. Terima kasih internet free kat ofis. Mwah mwah!
Kadang-kadang tu I bawak jugak satu kontena barang-barang felt bila boss takde mulalah menjahit. Hahaha!!!
Kadang-kadang tu amik mug pergi ke pantry duduk sorang sorang layan kopi O. Mulalah geng geng lain join lepas tu jadikla borak gosip ala ala di kopitiam. Tak produktif jugak, serba salah dibuatnya.
"Bilo lah den nak kayo cam Oprah tu..." - Berangan angan. |
Padanlah dulu-dulu kat ofis ni ramai orang suka keluar awal untuk lunch. Siap haribulan awal 2 jam!!!! Memang membosankan. Habis Mizz Coki awak nak macam mana nak jadikan diri awak terhibur di ofis?
Cadangan:
1. Mesyuarat Pagi dikurangkan kepada 2x sebulan.
2. Mesyuarat Pengurusan dibuat merangkumi Pembangunan dan Kewangan. Dah 4 bulan I kat sini, isu-isu Mesyuarat Pagi dan Pengurusan kebanyakan nya adalah isu-isu yang sama. Buang masa je amik minit.
3. Mesyuarat Validasi, kalau boleh pihak konsultan kurangkan membebel. I dengar macam dok kat lecture hall la pulak serta dengan nombor dan digit. Lebih baik derang buat urusetia sendiri. Pegawai yang handle bahagian Aset dan Liaison Officers saja yang attend dan amik minit. Bukannya ada kaitan dengan kita pun!
4. Kalau boleh semua mesyuarat dibuat dalam masa 2 jam sahaja. Lepas 2 jam tu semua sibuk tengok jam, main henpon etc. Mizz Coki boleh main What's Apps kat Blackberry lagi!!
Banyak kerja salah, takde kerja pun salah.
Heeeeiii... tak pernah bersyukur!
Sekarang ni pun tengah buat minit mesyuarat walhal mesyuarat tu besok. Malam tadi masa tengah syiok buat minit tiba-tiba blackout. Padan muka kerja last minute!! Kita masuk tidur pukul 2 pagi. Padan muka sekali lagi.
Takpe, hari Jumaat ni cuti sekali lagi kankankan???
Relax la baiiii!
Takpe, hari Jumaat ni cuti sekali lagi kankankan???
Relax la baiiii!
*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!