sh.st/tVdGD sh.st/tCXMj Kerja Untuk Hidup atau Hidup Untuk Kerja?? Mana Satu Kehidupan Anda! - cakar macan blog

Hmm... bila buat entri ni teringat dengan suami terchenta yang sanggup menggadaikan nyawa demi kerja sampai kesihatan terabai.


Mizz Coki bukanlah jenis yang tak concern pasal kesihatan, iyelah, bukak mata terus pergi kerja, balik rumah dah petang hampir malam lak tu takde masa nak bersenam.  Makan pulak, cuba sedaya upaya mengurangkan kuantiti, kadang-kadang tu cuma ambil buah aje untuk lunch sebab breakfast dah makan berat.  Seminggu sekali tu adalah turun naik tangga kat ofis sebab kena pergi bilik mesyuarat yang letaknya kat tingkat bawah.  Bilik tidur pun kat tingkat atas.  Dengan size super XXL ni memang semput dibuatnya apatah lagi berjalan kaki dalam jarak yang jauh.

Apa yang berlaku pada suami Mizz Coki baru baru ini cukup menyedarkan Mizz Coki.  Mizz Coki dah kehilangan ayah 2 tahun dulu dan Mizz Coki sangat sangat merindukan dia.  Bayangkan kalau kami suami isteri tak jaga kesihatan.  Kesian, si Gabby anak tunggal, usia dia belum lagi 11 tahun.

Jadi sebelum terkena penyakit berangkai  - darah tinggi/jantung/buah pinggang/diabetes baik mencegah dari terkena kan?

Korang jenis macam mana?

Kalau nak tahu mana satu, jom KLIK SINI dan lihat sendiri keprihatinan anda terhadap kesihatan diri!



*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!
 
Top