Hehehe..tajuk filem bukan main.
Filem Indonesia sekarang makin banyak merapu merepek. Tapi orang tu tetaplah gagah dok melangut depan YouTube hehee... saja buang masa. Eeeehh taaakk.. sambil jahit felt kat sebelah ada laptop tau. Baru ada hiburan masa menjahit.
Filem ini popular sebab pelakon utamanya adalah TERA PATRICK! Sapa kaki blue filem dewasa mesti tau sapa Tera Patrick ni. Dia memegang watak Alice. Bukan Alice in Wonderland but Alice who turns all guys in wonder hahaha... Kisah ni bermula dengan persaudaraan Lily dan Alice. Alice dan Lily ni adalah sepupu. Alice dari kecik dah dijaga oleh keluarga Lily sebab orang tua dia meninggal waktu usia dia beberapa bulan.
Pada satu malam, mereka gi clubbing lah kat kelab milik tunang Lily. Kat situ mereka berkenalan dengan band yang bernama The Keren Band. Alice, dalam keadaan mabuk dengan gediknya memberitahu band members The Keren Band yang dia masih 'virgin', masih dara lagi. Lepas tu, dia ikut budak budak band ni balik dan keesokan paginya baru dia balik ke rumah. Bermacam-macam kejadian pembunuhan penuh misteri terjadi selepas malam itu.
Pendapat peribadi Mizz Coki, filem ni agak merapu la. Banyak skenario yang tak masuk di akal. Antaranya macam:
a. Alice ni dari kecik tinggal dengan keluarga Lily, bukan di luar negara tapi di Indonesia, tapi cuma sepatah je perkataan bahasa Indonesia yang dia gunakan iaitu "Tutup". Kelako giler.
b. Sedap sedap je gesel badan kat budak The Keren, pastu badan penuh tatu lepas tu bagitau, "I'm still Virgin..." Boleh caya ke pompuan ketet besar, penuh tatu, minum arak, gi clubbing lepas tu kata dia masih dara lagi. Kalau tak menggedik takpe jugak, masih cover line. Lepas tu senang senang tak payah dipujuk ikut budak budak band tu pergi merendek. Bohsia betullah dia ni. Haha.
c. Ni spoiler sikit. Bayangkan kaki dikangkang, posisi berdiri lepas tu alat sulit dicucuk dengan pisau. Darah menitis nitis dalam gelas bukan sikit. Siap kena minum lagi darah 'perawan' tu. Kalau ikut logik dia ni dah gone case dah, dah arwah dah. Siap jadi kebal lagi si Alice ni, toreh lengan berdarah lepas tu sembuh balik. Supernatural katanya.
d. Elok elok dah bunuh orang, bila dah dibaca mantera dia jatuh terjelepok dan sedar dari pukau. Tapi scene terakhir dia dah lumpuh dah, dah duk kat kerusi roda. Motif boleh jadi lumpuh kak oi? Adakah kerana alat sulit ko dah dicucuk dan dirodok ngan pisau sampai jadi lumpuh? Tak patut,....tak patut....
e. Tak suka nama band tu THE KEREN BANDS, sumpah jah, derang sebut 'bands' haahhaha.. adoi.. dahla bunyi kampungan, siap BANDS lagi untuk menunjukkan betapa plural nya mereka itu. Sabo jelah.
Macam filem tangkap muat aje. Mentang mentang produser filem Menculik Miyabi ajak Miyabi @ Maria Ozawa bintang porno Jepun berlakon sama. Ni dia, dari Amerika Syarikat derang import si Tera Patrick ni.
Haa, kalo korang nak tengok gak citer ni, meh la KLIK SINI untuk menonton.
Selamat nonton donk sayang..
*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!