Bukan outlet makan kat Bangunan Tun Jugah (tempat orang-orang stylo kerja ofis makan lunch! :p :p) Ini kedai baru bukak punya, itu ganti itu kedai makan dulu-dulu nama Highway Cafe. Baru dibuka je tempat ni, kiterang singgah sebab lapar punya pasal balik kerja. Alasan je tu sebab kita selalu skip lunch.
Errrmm.. kedai dia simple dan bersih. Berkonsepkan kopitiam, duduk guna bangku 'stool' (bukan najis ye!) sesuai dan selamat untuk orang bersaiz XXXXL seperti kami. Haha.
Ni buku menu dia, nipis dan simple. Harap-harap dapat dijaga dengan baik. Bukan macam kat Chilli Peppers Cawangan King Centre. Dah hancur lunyai.....Nak pegang lama-lama pun takut sampai terkopek plastik senarai menu tu, kesian sungguh. Nasi kuning dalam gambo tu macam Nasi Tumpeng kan??? Sapo tatau Nasi Tumpeng ke sila Google, malas den nak monepeknyo kek sini.
Ayam Penyet kat sini dikatakan sangat sedap tapi Mizz Coki dah bosan, 'lejuk' kata orang Sarawak so saat mata ini terpandang perkataan 'BAKSO' apa lagi, terus teringat filem ADA APA DENGAN CINTA, scene di mana Cinta (Dian Sastro) dan geng-geng kerasnya makan Bakso kat kantin sekolah. "Enak banget baksonya!". Sini korang akan diberi pilihan nak Mie Keriting, Kuetiaw ataupun Bihun. Of courselah kita pilih Mie Keriting, asli donk. Harga: RM4.50. Lumayan gede bakso nya, nggak seperti di Samar Indah, cilik cilik bakso nya, pakei mie kuning lagi, gak enak. Wah spiking Indo lagi koooo.. Lenkali, kalo makan kat sini kita nak mintak kurangkan mie dan sup nya, nak lebih bakso nya. eeeii buruk makan!!
Apapun makannya haruslah ada Teh O Ais manis! Kalo kat Indonesia, ni dipanggil Es Teh Manis. Sluurrpss... Pas banget ama Bakso yang pedes pedes gurih. Teh kat sini harum sangat, rasanya guna teh jasmin tu. Sedap!
Akhir sekali, pesanan dari penaja!
Makan bakso kena ada sos cili buatan sendiri. Bukan macam Maggi, Life, Linggam dalam botol tu. Cili kisar tu, tuang banyak-banyak!! Sumpah, sedap. (Pengaruh TV lagi...hahahah).
Cik abang makan Bubur Ayam dan Teh C Peng (Teh Susu Ais). Gaya asli Indonesia tapi derang tak taruk kerupuk (keropok). Isi ayam disiat-siat tabur banyak-banyak pastu ada bawang goreng. Harum wangi gila!!!
Bil kiterang cuma RM11.50. Murah sangat!!
Ok, next time datang sini, Mizz Coki akan buat review menu yang lain. Nak try Nasi Kuning dan Rendang dia. Nampak sedap dalam gambar.
*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!