Semangat!!! Semakin membara semangat nak turunkan berat badan dan rasa teruja bila baca berita ini.
GEORGE TOWN – Selepas kira-kira enam bulan dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP), keadaan lelaki obes, M. Balagi, 44, kini semakin baik apabila berat badannya yang dahulu mencecah 300 kilogram (kg) kini turun kepada 219 kg. Perubahan itu hasil diet Balagi yang mengamalkan minuman susu rendah lemak sahaja selain menjalani latihan fisioterapi setiap hari di bawah bimbingan pakar-pakar di HPP. Sebelum ini berat Balagi berjaya diturunkan kepada 280 kg selepas 20 hari di tempatkan di HPP dan turun lagi tiga bulan kemudian kepada 240kg sebelum mencecah 230 kg bulan lalu.
Balagi yang kelihatan semakin sihat bagaimanapun masih dirawat di wad HPP kerana masih tidak mampu berdiri akibat kesan kecederaan di bahagian pinggang semasa jatuh di dalam bilik air di rumahnya pada 26 Oktober tahun lalu. “Menurut doktor, saya masih perlu tinggal di sini untuk satu tempoh yang belum dapat dipastikan bagi memastikan saya betul-betul pulih dan boleh mengimbangkan badan supaya dapat berjalan seperti dahulu. “Memang bosan sangat kerana sudah lama terlantar di sini, namun saya gembira dengan perubahan berat badan serta cukup berterima kasih kepada doktor, jururawat serta jurulatih fisioterapi di sini,” ujarnya ketika ditemui.Kita lihat nanti lepas sebulan berapa berat badan Balagi. Oh ya, Mizz Coki pun tak sabar menunggu 9 May, nak tengok berapa inci dan kilo yang hilang jugak. Tetap tak nak kalah dengan Balagi. Hari ni dah masuk genap 7 hari
p/s: Rasa seronok giler hari Khamis lepas sebab scale elektronik dah boleh baca berat Mizz Coki.
[+] Info: Hey! Nak tau macam mana sifat Blackberry korang? Klik Sini Ya!
*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!