sh.st/tVdGD sh.st/tCXMj Bila Suami Masuk Wad - Bahagian 2 - cakar macan blog

OK. Sambungan.

Selepas di X-ray dan didiagnos, semuanya berpunca gara-gara hypertension/darah tinggi.  Itulah, dulu dulu orang suruh pergi klinik, pergi periksa tapi tak nak. Disebabkan darah tinggi sangat sampai mengganggu fungsi buah pinggang jadi air bertakung dan jadi edema.  Daripada kaki kembang naik ke peha dan perut!  Bayangkan perut boleh kembung dan seluar tak boleh dizip hanya dalam masa seminggu.  Bila dah kena perut air masuk ke paru-parut dan menyebabkan sesak nafas.  Bila dah sesak nafas, jantung pulak bekerja terlalu kuat mengepam udara, akhirnya jantung pun jadi kembang. 


Ni beg kencing.  Bila dah tau air terlalu banyak dalam badan, doktor pun mengarahkan supaya drip dibuat.  Masa ni takleh minum air lebih dari 1 liter dalam masa 24 jam.  Bayangkanlah.....


Betapa cepatnya kencing keluar, adoiii... Mizz Coki dah kira, lebih 16 liter air dikeluarkan dari badan hubby.


... Lega.. ni baru rasa lega sikit, katil dah boleh direbahkan sedikit, nafas sudah kurang semput.  Mizz Coki rasa beruntung sebab ramai adik-adik dari SEGI, UiTM, UNIMAS, KSKB yang rajin-rajin dan bersungguh-sungguh bila buat praktikal kat wad ni.  Ada-ada aje yang mereka buat dan sangat prihatin dengan pesakit-pesakit di sini.

Sambungan lagi lepas ni, memang sengaja buat pendek pendek sebab Mizz Coki ada banyak kerja nak dibuat.




*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!
 
Top