sh.st/tVdGD sh.st/tCXMj Body Ku Letih Dilenjan Mesin - cakar macan blog

Bangun pagi agak lambat. Sikitlah.  Cepat-cepat rebus sosej dua ketul untuk sarapan.  Sambil menunggu sosej timbul, hehe.. kalau timbul masaklah tu, haku balun SlimDietII.  Oh, padanlah terasa aneh hari ini, macam tak seceria selalu sebab ada meeting pagi ni. Sampai ofis, bukak beg mekap dan tenyeh lebih kurang kat muka.  Pukul 9 suku cepat-cepat pergi meeting room dan agihkan minit mesyuarat.  Boss tak sampai sampai lagi ni.  Nampak karipap dan kek sarang semut atas meja.  OK.  Amik kopi secawan, amik karipap seketul dan kek sehiris, nom nom nom.... Lepas tu boss masuk dan meeting. Bla.. bla.. bla.. tak sedar pukul 11:30 pagi meeting habis.  Cepat ler pulak abis arini.

Balik ofis sambung balik taip minit, koman-koman kena siap lusa ni sebab hari Jumaat cuti umum kat Sarawak.  Waktu lunch sembang sembang kat pantry kejap lepas tu sambung kerja balik sampai jam lima.  Lepas tu ahhh hari Selasa, hari membuang lemak!  Sampai kat penimbang cuma 500 gram je turun dalam masa 3 hari???? Adoi bilolah den nak kurus nih.

Balik rumah bukak esbok jumpa fishball dan chicken ball.  Amik sayur sawi setangkai terus rebus buat sup campur ngan fishball dan chicken ball.  Ngap lagi.  Lepas tu makan epal hijau setengah bijik.  Seksa macam ni tau.  Dah rasa macam kacukan manusia dan kambing.  = ManuBing atau KambSia.  Hahaha...

OK.  Dah tak larat nak menaip lagi.  Rasa sakit lenguh letih penat seluruh badan dah dilenjan dengan mesin tadi.  Beauty is pain indeed.  Sesungguhnya kankankan?

.... sorry kalau coretan ini bosan.  Mata dah separa tutup ni tiba tiba rasa ngantuk pulak.  Babai.



*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!
 
Top