Berapa banyak sayur yang haku dah telan dalam masa dua hari? Cuma pagi je makan sosej rebus dua ketul. Lunch dan dinner kalau tak sayur campur tumis, sup sayur, atas sayur bawah sayur, dalam sayur luar sayur, kiri sayur kanan sayur. Tetap degil nak keluar. Nasib baik kuat kencing sebab minum air putih + teh misai kucing banyak-banyak. Perut tekejut kot. Sebab dulu makan banyak sekarang dah kena sukat. Haha.
Ish. Amik minit mesyuarat. Paling tak suka. Nak nak kalau Pengerusi dan ahli mesyuarat melalut lalut sampai ke laut topik derang sure haku ngantuk nguap-nguap manja gitu. Kudapan hari ini of courselah kuih dua jenis iaitu Kek Batik yang marvelous dan Popia Goreng yang tebal kulit tapi isi sikit sangat kedekut punya orang. Rangup memang rangup tapi kesian kalau dah sejuk jadi liat, hahaha.. terkial-kial staff yang tua-tua nak menggigitnya.
Haaaa..ini lunch untuk orang gedik. Sayur campur tanpa nasi. Telan dan bersyukurlah dengan rezeki depan mata. Haha. Dah berapa hari dah menarah sayur tapi membuang pun susah!! Hasilnya, hari ini, dengan rasa nak membunuh dan memecah scale (penimbang) berat haku statik. Tak berginjak walhal haku tak makan benda pelik selain dari sayur tanpa nasi. Minum air pun lebih dari cukup habis kenapa tak buang air besar lagi???? Aduiiiiii....
Last-last on the way balik rumah singgah kat Guardian. Geledah punya geledah aku pun cekau lah pil Bekunis satu. Julap pun julaplah. Cirit pun ciritlah janji semua makanan haku yang dua hari tu dibuang keluar dan timbangan makin berkurang.
Kita tengok besok, mencirit ke tidak.... Dah mampat gila macam ni. Baik takyah diet. Dulu tak diet hari-hari berak 2-3 kali, sihat usus haku. Mesti korang suruh makan sayurlah, makan buahlah. Heloooo???!!!! Aku dah separuh manusia separuh kambing dah ni. Tekak ni teringin gila sangat sangat nak sangap nasik tapi kena tahan dulu. Dalam fridge tu dah nak habis semua sayur kobis, karot, sawi, taugeh haku kerjakan. Hari ni pun bawak bekal buah epal hijau. Hari-hari camtu je. Bodoh punya perut. Huhu...
So, nantikan review kesan penggunaan Bekunis untuk kali pertama, haha!
*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!