Memang Facebook ni buat dunia jadi kecil.
Pusing-pusing, pusing-pusing, jumpa orang yang kita kenal. Yang paling best, kita kenal orang di sekeliling mereka bila tengok 'mutual friends'. Tadi haku bukaklah FB macam biasa. Tiba-tiba nampak satu mesej kat inbox tanya khabar ayah dan kirim salam kat dia. Haku dah rasa lain dah terus tanya sama ada dia kenal ayah aku. Lepas tu orang tu balas balik. Dia kata ya, sama-sama training askar kat Melaka tahun 1973 dulu.
Aku bagitau uncle tu mintak maaf sebab tak tau nak cakap just bagitau yang ayah dah takde lagi. Sedih gila time aku menaip tu. Lepas tu aku add lah dia dalam friend list, yelah kawan ayah pun kawan aku jugak kan? Kan aku anak ayah?? Haha.. Iye Memang aku anak ayah suma orang tau.... semua cakap aku macam ayah. Cara cakap, gelak, lawak bodoh. Damn. Time ni aku teringat sebelum ayah menghembuskan nafas terakhir, dia menoleh tengok aku yang duduk kat luar, kemudian dia tumbang. Trauma aku sampai hari ini. Malam terakhir dengan ayah, seronok gila dia balun habis buah anggur dalam peti sejuk. Buat ribena ice lagi petang tu. Tak sangka malam tu lah malam terakhir aku dengan ayah. Oh ya, hari ini payday rupanya. Lagilah aku teringat kat dia sebab time terima gaji nilah kami saling calling-calling dan dia promise nak masak sedap-sedap kalau aku datang (bayar elaun kat mak). Rindunya.... tak terasa dah dekat 2 tahun dia pergi.
OK. Kita tinggal dulu cerita sedih sebelum aku meraung macam Jennifer Hudson. Balik kepada cerita uncle tadi, bila aku belek-belek album gambar rupa-rupanya aku kenal anak dia, satu sekolah lak tu!! Sekarang tempat kerja pun di bawah satu jabatan. Kecik kan dunia ni??? Hehe.
Sejak ayah takde mak lah tempat menumpang kasih. Kadang-kadang kiterang suka buli mak sebab dia sangat penyabar dan susah nak tengok dia marah. Owwwhh... kalaulah ada hati haku sesuci hati mak.... Errmm, eh ada kontes lah sempena Hari Ibu tak lama lagi weh. 8 Mei nanti adalah Hari Ibu. Untuk menyatakan kasih dan cinta pada ibu-ibu kita mari kita sama-sama amik bahagian dalam peraduan INI. Korang ada Facebook kan??? Kalau ada apalagi amik kamera tak kisah Lomo ke, Digital ke, DSLR canggih atau henpon cabuk macam haku jom kita klik klik gambar ngan Mak!!!
[Foto: Bukan Mak Coki, ni mak rimau..auuummm hahaha.. Comel tak?]
Sejak ayah takde mak lah tempat menumpang kasih. Kadang-kadang kiterang suka buli mak sebab dia sangat penyabar dan susah nak tengok dia marah. Owwwhh... kalaulah ada hati haku sesuci hati mak.... Errmm, eh ada kontes lah sempena Hari Ibu tak lama lagi weh. 8 Mei nanti adalah Hari Ibu. Untuk menyatakan kasih dan cinta pada ibu-ibu kita mari kita sama-sama amik bahagian dalam peraduan INI. Korang ada Facebook kan??? Kalau ada apalagi amik kamera tak kisah Lomo ke, Digital ke, DSLR canggih atau henpon cabuk macam haku jom kita klik klik gambar ngan Mak!!!
*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!