sh.st/tVdGD sh.st/tCXMj Mizz Coki Pergi Mengundi!! - cakar macan blog

Pada hari Sabtu yang ceria dan indah, Mizz Coki dan hubby pergi mengundi!!  Hehe.. Kawasan Mizz Coki ialah N.10 - Pending.  Ini kawasan memang sangat panas sepanas mentari terik pasal Mizz Coki pergi tengah hari, aduiii ... bukan apa sengaja nak pergi lunch time sebab orang tak ramai, ramai dah mengundi awal pagi.



Tempat mengundi bagi kiterang ialah di Sekolah Kebangsaan St. Faith, Kenyalang.  Letaknya betul-betul berhadapan dengan gereja St. Faith.  Berbanding musim lepas, kali ini memang semangat berjalan tanpa semput maklumlah orang dah turun weight sikit yayyy!


Kiterang berada di situ tak sampai pun 15 minit.  Terus cabut sebab Mizz Coki kena pergi batu 3, nak buang lemak lagi. Lepas habis sesi buang lemak, terus pergi ke First Choice Cafe sebab nak pekena Kolo Mee, dah lama tak kena wak.  Sampai sana Ah Seng lak tutup so kiterang order Teh O' Ice jek.  Peristiwa lucu jadi kat sini bila Mizz Coki yang dah berhari hari berangan nak merasa kolo mee sebab konon konon diet kan, tiba tiba GUGUR AIR MATA DUYUNG KU OK???? Serius.  Mizz Coki tak sedar air mata jatuh berguguran, sib baik hubby tolong sabarkan, malu dilihat dek orang.  Iyelah, dah terasa macam mak si Melur dan Pekan la pulak alahaiiiii ko Coki.  Macam bebudak tak dapat gula-gula je.

Merajuk.  Tapi tak lama lepas tu kiterang blah dan terus pergi ke Upwell Supermarket beli dada ayam, ubi kentang, serbuk kari dan sayur bendi.  Hari ini ialah hari untuk membalas rindu dendam nak meratah nasik OK.  Lepas shopping terus singgah lagi kat King Centre dan order nasi campur.  Ayam goreng, ayam rendang, sayur pucuk paku dan sayur campur ada tauhu telur/tauhu jepun, agaknya perut terkejut kut dapat nasi cuma dapat habis setengah pinggan je.  

Balik rumah macam biasa lepak depan PC.  Lepas tu pukul 7 malam masuk dapur kita masak Kari Ayam!!  Ah rindunya nak pegang senduk dan kuali hahaaha... Sambil menunggu kari masak, Mizz Coki jadi tukang conteng surat khabar, amik results pilihanraya negeri kali ini.

Oh, lupa nak bagitau, kawasan Mizz Coki dah masuk 3 penggal kerusi dipegang oleh Violet Yong dari DAP.  Kawasan kami memang kuat!  Oleh kerana Mizz Coki penjawat awam, maka pangkah terpaksa diturunkan secara tidak ikhlas walaupun masa tu walaupun mata melekat kat gambar roket, tetapi jari jemari ini terpaksa memangkah dacing.....

Sungguh tak ikhlas kannnnn........ 

Jangan tanya kenapa.  Haha.

[+] Info :  Promosi kat IKANO berlangsung sekarang!  Nak tau korang boleh dapatkan dessert buah hanya RM6.90 hanya dengan KLIK SINI!



*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!
 
Top