sh.st/tVdGD sh.st/tCXMj Nuffnang Tolol ke Aku yang Bangang?? - cakar macan blog

Mula-mula Mizz Coki nampak macam akaun/income tak bergerak sejak March lalu walhal trafik makin meningkat.  BE tu cuma dalam mimpilah nak dapat.  Bila dah macam tu Mizz Coki tampal balik iklan Advertlets sebab daily earnings koman koman dapat sesen dua.  Tiap-tiap hari dapat macam tu lama-lama jadi banyak kan???

Tapi Nuffnang ni ngok sikit, set kan peraturan kalau kita letak iklan lain, dia akan tarik balik status Glitterati tu.  Apa barang??? Dah ko 'beku' kan pendapatan aku pasal tu aku letak iklan dari syarikat lain.

Bila status Glitterati dah ditarik, jangan mimpilah dapat masuk dan ping kan entry ke dalam Innit.

Now aku dah buang iklan Advertlets tu.

Kalau orang-orang Nuffnang baca entri ni paham-paham lah ye.  Kalau macam ni rupa gaya style korang, tak heran kalau ramai yang cabut lari.

Ataupun Nuffnang dah getar lutut sebab makin ramai blogger sekarang pendapatan ribu-ribu, ngelat le nak membayor kan yeop?

Anyway, harap-harap dalam masa 4 hari status aku dikasi balik.



*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!
 
Top