Helllowww!!!!
Semalam cuti umum kat Sarawak. Bangun pagi-pagi lagi dah mandi sebab busuk haha. Takdelah. Hari ini macam biasa semangat luar biasa hendak memenatkan badan dan mengeluarkan peluh. Hubby terlebih rajin harini pergi menggodek kedai yang jual baja sebab dia nak promosikan baja kompos. Kompos pun komposlah Yang oiii janji kerja halal kankankan??
Dalam meronda ronda tu kiterang passed by lah tempat kerja ayah dulu. Tiba-tiba hati jadi sayu sebab teringat kat dia. Ayah, haku rindu sangat kat Ayah tau.... Nasib baik pakai shades so tak nampak air mata bergenang berkaca kaca tunggu menitik aje. :(
Well, kita tukar topik sedih jadi topik makan la pulak. Pagi-pagi breakfast telur rebus keras dua bijik. Masih lagi diet protein gila gila ni. Pastu lunch cuma makan dua hiris buah betik dan air mineral. Petangnya sebelum pergi taman (orang nak exercise OK?) minum segelas SlimDietII dan malam dinner sup sayur semangkuk besar. Mari kita lihat apa yang Mizz Coki makan hari ini. Haha..
- Dua bijik telur rebus keras
- Dua hiris buah betik
- Satu mangkuk besar sup sayur campur
- Air mineral dan SlimDietII. Takde kopi, teh dan Milo. Selang seli dengan air putih sebab kena berpeluh gila.
Amacam, OK tak? Harap-harap timbangan hari ni berkuranglah satu kilogram sebab hari Khamis tu haku dah naik satu kilo walhal tak makan apa apa pun melainkan epal hijau dan dua ketul sosej. Dari mana datangnya satu kilogram itu? Saspek utama: Kurang kencing dan tidak buang air besar haritu. Memang kecewa sangat!!!!!! Jadi sebab itulah kena berjalan kaki sebanyak empat pusingan gila gila sampai semput dan baju basah lencun supaya air di badan dapat dikeluarkan. Harus usaha lebih ni kalau tidak memang consultant tu tibai aku kaw kaw hari ini sebab hari ini derang nak ukur berapa inci aku sudah kurang maaaa.. nanti sound kat blog hoccay????
Bercakap tentang usaha tangga kejayaan ni kan, ada satu movie Indonesia ni tajuk dia CEWEK GOKIL. Ertinya Perempuan Gila-Gila macam tulah. Mengisahkan Keke, seorang gadis yang sangat determine gila gila berusaha untuk membeli kereta Mini Cooper. Dia ni memang sangat rajin, bayangkan dia student, buat kerja part time jadi salesgirl jual apartment. Di samping itu terlibat dalam MLM dan mengajar tuisyen Matematik dan English sambil itu menolong ibunya menghantar jahitan yang dah siap kepada pelanggan. Korang tengok sendiri trailer filem ini dan mesti korang rasa bersemangat! Dah ada kat YouTube dah, haku memang obses gila dengan filem-filem kat YouTube especially filem Indo. Rasa-rasanya hampir semua aku dah tarah sampai drama derang pun aku balun sekali.
OK. Nak dapatkan kereta Honda City dengan cara yang lebih senang lagi tak??? Taklah korang susah susah macam si Keke. iPad pun korang boleh dapat. Haaaaaaa.. pertama korang mestilah pengguna prepaid DiGi. Ye ke tak??? Kalau ya, OK korang ikut arahan KAT SINI. Good luck sayang!!
*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!