Eeeii. Tak best lah ko Astro, kena beli pakej Mustika la pulak tapi takpe selagi YouTube masih bernyawa kiterang akan lepak aarrr terus kat situ. Banyak dah movie aku dok bantai melangut depan YouTube sampai tak layan lagi lah Astro First buang duit jek. Bulan ni dok kompang filem Ratu The Movie kan? Korang taip je carik kat YouTube, Mizz Coki dah tengok sampai abis.
Kalau ditanya grup lawak yang Mizz Coki suka, sudah tentu budak-budak Sepah ni. Best arr lawak derang tak macam Senario lawak terpaksa. Serba serbi terpaksa. Penonton terpaksa gelak, derang terpaksa lawak pastu si Wahid aku paling tak suke terpaksa terjerit-jerit ape kes?
Ni sketsa minggu pertama. Hahaha.. adeke bunuh diri makan Friskies? Mizz Coki salute la kat Jep sebab masa dia kata "loceng berbunyi tanda time nak sembahyang" dia boleh jawab, loceng menandakan nak rehat, nak sembahyang. Kalo dia tak cover sure dah heboh sebab yang bunyi loceng tanda nak sembahyang ni bukan setakat kat Kuil, kat gereja pun iye! Suka tengok gabungan tiga orang ni... betul-betul menggeletek.
Sketsa minggu kedua pulak sketsa lam lokap. Hahahaha.... boleh tercekik gelak tengok time ni. Jep boleh pulak panggil warden penjara bila loceng berbunyi. Tak dapat bayangkan bagaimana nak menahan dari tergelak atas pentas.
Anyway, Mizz Coki tak kisah, Sepah menang ke kalah ke sebab Mizz Coki tau kat luar sana ramai yang suka Sepah kankankan?
Eeeeiii Sepah terbaekkkk!!!
*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!